<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\0752391428336043968843\46blogName\75Makanan+Tradisional+Melayu\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://makanantradisional-whitley-melayu.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://makanantradisional-whitley-melayu.blogspot.com/\46vt\75-8307902643003212683', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, August 12, 2008
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.
Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras atau padi. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Ketupat palas
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.
Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.
Sejak 1990, ketupat tidak lagi dibuat daripada daun kelapa, sebaliknya dibungkus dalam
plastik dan dikukus dalam periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah.
Ketupat biasanya dihidangkan semasa
hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.

Contoh gambar-gambar ketupat :



♥ makanan KUCINTA !

Monday, August 11, 2008
Laksa adalah makanan berjenis mi yang ditaruh bumbu dengan kebudayaan Peranakan, yang digabung dengan elemen Tiongkok dan Melayu. Laksa mempunyai beberapa jenis, yang dikenal di negara Indonesia adalah yang berjenis Laksa Penang, bentuk mi-nya bulat putih dan sedikit tebal. Nama Laksa diambil dari bahasa Sanskrit (India kuno) yaitu Laksha yang mempunyai arti banyak, menujukkan bahwa mi Laksa dibuat dengan berbagai bumbu.

Laksa ada tiga jenis.

Contoh gambar-gambar laksa :



♥ makanan KUCINTA !

Sunday, August 10, 2008
Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya.
Rendang adalah masakan yang berasal dari
Sumatra Barat, Indonesia. Ia kemudiannya dibawa oleh penghijrah ke Malaysia.

Contoh gambar-gambar rendang :






♥ makanan KUCINTA !

Saturday, August 9, 2008
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama.

Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dan lain-lain lagi.

Contoh gambar-gambar serunding :






♥ makanan KUCINTA !

Friday, August 8, 2008
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya.

Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.

Contoh gambar-gambar lemang :



♥ makanan KUCINTA !

Thursday, August 7, 2008
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.
Contoh gambar-gambar nasi lemak :


♥ makanan KUCINTA !